← Back to list
Mahasiswa terkandas mula balik kampung
Apr 27, 2020
Mahasiswa terkandas mula balik kampung
Foto - Jabatan Perdana Menteri
Seramai 1,128 kumpulan pertama pelajar IPT dan IPTS di bawah KPT yang terkandas di kampus akan mula bergerak ke kampung halaman masing-masing, malam ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan melibatkan pelajar dari sembilan buah univerisiti dari zon tengah ke utara dan dari zon utara ke zon tengah.
Penghantaran pulang pelajar-pelajar ke Sabah dan Sarawak pula akan bermula 1 Mei menerusi Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (Zon Timur) KLIA (Zon Tengah), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Zon Utara) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (Zon Selatan.
-----
FAQ pergerakan sekali jalan akan dikeluarkan PDRM
Foto - mStar Online
PDRM akan mengeluarkan soalan lazim (FAQ) berhubung pergerakan pulang individu yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh terdekat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, FAQ itu akan dikeluarkan selepas kerajaan membincangkan dan memutuskan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diguna pakai.
Individu yang ingin berbuat demikian terdahulu perlu buat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula semalam, namun kebenarannya masih di peringkat kajian dengan nasihat Kementerian Kesihatan.
-----
Jangan terbangkan dron sewaktu PKP
Foto - UL
Semua pihak termasuk pengamal media diingatkan untuk tidak menerbangkan dron di mana-mana lokasi seluruh negara dalam tempoh PKP.
Menurut PDRM, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda minimum RM50,000 atau tiga tahun penjara bagi individu atau denda maksimum RM100,000 untuk badan korporat.
Sepanjang pelaksanaan PKP, pihaknya mengesan empat kes pengendalian dron tanpa kebenaran PDRM serta permit CAAM di seluruh negara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca