← Back to list
Pelajar IPT Terkandas Balik Kampung Isnin Ini
Apr 24, 2020
Pelajar IPT Terkandas Balik Kampung Isnin Ini
Foto - BH
Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pergerakan pulang kira-kira 53,000 pelajar IPT yang terkandas di kampus bermula 27 April ini, secara berperingkat-peringkat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, penghantaran pulang itu bagaimanapun terhad kepada zon hijau sahaja.
Waktu perjalanan pulang bas pelajar-pelajar terbabit pula dihadkan antara 9 malam hingga 9 pagi saja bagi mengelak kesesakan pada waktu siang.
-----
KKM Sambut Baik Lanjutan PKP
Foto - Malay Mail
Kementerian Kesihatan sambut baik pengumuman kerajaan melanjutkan tempoh PKP selama dua minggu lagi sehingga 12 Mei depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia sekaligus memberi ruang kepada KKM untuk memerangi penularan COVID-19.
Sehingga kini, lebih 3,600 pesakit COVID-19 pulih manakala jumlah kes aktif pula kira-kira 1,900 dan menurun setiap hari.
-----
Program Imunisasi Seperti Biasa Sewaktu PKP
Foto - Majalah Sains
Program imunisasi di semua fasiliti kesihatan masih berjalan seperti biasa walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Justeru, Kementerian Kesihatan menyarankan ibu bapa supaya menepati jadual imunisasi dan tarikh temujanji yang ditetapkan oleh anggota kesihatan.
Kelewatan penerimaan imunisasi boleh meningkatkan risiko peningkatan penyakit cegahan vaksin seperti campak dan polio kepada bayi dan kanak-kanak.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca