← Back to list
PKP Dilanjutkan
Apr 24, 2020
PKP Dilanjutkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk 2 minggu lagi iaitu sehingga 12 Mei.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira data yang dibentangkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Jelas beliau, walaupun angka kes menunjukkan perkembangan positif, langkah yang diambil hendaklah diteruskan sehingga wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.
Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan berita gembira buat golongan penuntut universiti dan IPT.
Mereka yang kini berada di kampus akan dibenarkan pulang ke kampung halaman tidak lama.
Hari ini juga seluruh umat Islam mula menjalani ibadat puasa Ramadan.
Tahun ini juga buat pertama kalinya tiada bazar Ramadan dan solat tarawih berjemaah di masjid dan surau di negara ini sebagai langkah penularan wabak COVID-19.
Sekatan Perjalanan ke Luar Negara Mungkin Lebih Lama
Sekatan perjalanan ke luar negara mungkin akan disambung walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan nanti.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, ia kerana langkah kawalan sempadan terbukti berjaya mengurangkan bilangan kes import COVID-19 di negara ini.
Sementara itu, Perlis jadi negara pertama diisytiharkan zon hijau selepas tiada jangkitan dalam tempoh 2 lebih minggu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca