← Back to list
6 Kriteria Perlu Dipenuhi Jika PKP Mahu Ditamatkan
Apr 22, 2020
6 Kriteria Perlu Dipenuhi Jika PKP Mahu Ditamatkan
Ada 6 kriteria perlu dipertimbangkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, kriteria pertama ialah kemampuan mengawal sempadan negara untuk menghalang kes import COVID-19.
Kedua, kemampuan melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.
Ketiga, kemampuan mengawal dan merawat pesakit daripada menjangkiti orang lain.
Keempat, kemampuan dari aspek sistem penjagaan kesihatan antaranya wad dan makmal.
Kriteria kelima pula ialah kemampuan melindungi golongan berisiko tinggi.
Kriteria terakhir yang juga penting ialah kerjasama rakyat beradaptasi dengan norma-norma baru misalnya tiada perhimpunan awam, menjaga penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.
KKM memaklumkan, kerajaan masih sedang membuat penilaian dan perancangan teliti mengenai PKP yang dijadualkan berakhir pada 28 April ini termasuk sama ada ditamatkan atau disambung.
Terdahulu kementerian memberitahu pihaknya sedang meneliti pelan mitigasi atau pengurangan bagi memastikan rantaian COVID-19 diputuskan selepas PKP ditamatkan.
Pelan mitigasi itu turut melibatkan perubahan dasar yang menggariskan amalan kebiasaan baru.
KKM & MKN Sedang Rangka Pelan Terbaik
Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka pelan terbaik berkenaan cadangan membenarkan penuntut universiti dan IPT yang berada di kampus untuk pulang ke kampung masing-masing.
KKM memaklumkan, ia bagi memastikan pergerakan pulang penuntut terbabit terkawal dan tidak serentak.
Semalam, kerajaan umum sedia pertimbang membenarkan kira-kira 100,000 penuntut universiti dan IPT awam dan swasta yang diarah kekal berada di kampus untuk dibenarkan pulang ke rumah dan kampung halaman.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca