← Back to list
Usaha Kerajaan Tak Sia-Sia
Apr 20, 2020
Langkah Kerajaan Tak Sia-Sia
Tindakan kerajaan melaksanakan saringan dan kuarantin terhadap rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara bagi mencegah penularan COVID-19 adalah tepat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, langkah itu dapat mengesan satu lagi kluster baru.
Ia melibatkan kira-kira 40 penuntut Malaysia yang pulang dari Temboro iaitu salah satu tempat yang diisytiharkan sebagai zon merah di Magetan, Indonesia.
Mereka kini menjalani kuarantin di Kuala Lumpur dan Melaka.
Setakat ini juga kira-kira 15,800 individu yang pulang dari luar negara menjalani proses kuarantin di 190 pusat seluruh negara.
Nahas Jalan Raya Turun Dalam Tempoh PKP
Kes kemalangan jalan raya di negara ini turun hampir 70 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menurut Bukit Aman, purata nahas jalan raya pada fasa pertama dan kedua PKP ialah 370 sehari berbanding hari-hari biasa biasa iaitu 1,500.
Jumlah kes kemalangan maut juga turun menjadi purata 4 hingga 5 kes berbanding 16 hingga 17 kes sehari pada hari biasa.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca