← Back to list
Hampir separuh kes positif COVID-19 pulih
Apr 14, 2020
Hampir separuh kes positif COVID-19 pulih
Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan maklumkan, hampir separuh iaitu 49.7 peratus kes positif COVID-19 di negara ini telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.
Hari ini sahaja, jumlah kes yang pulih dan discaj adalah sebanyak 202, lebih tinggi berbanding 170 jumlah kes baru positif COVID-19 yang direkodkan.
Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 4,987 dengan 82 kematian manakala jumlah keseluruhan kes pulih ialah 2, 478.
-----
Polis enggan lagi kompromi isu berita palsu
Foto - Bernama
Polis tidak lagi akan berkompromi dalam isu penyebaran berita palsu mengenai COVID-19 yang semakin menjadi-jadi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Menteri Kanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan ke atas individu terlibat akan diteruskan walaupun 'posting' berita palsu yang dimuatnaik itu telah dipadamkan.
Sehingga semalam, 217 kertas siasatan dibuka berhubung berita palsu COVID-19 dengan 162 masih dalam siasatan, 23 sudah dituduh di mahkamah manakala 4 telah mengaku salah.
-----
Tiada Bazar Ramadan di Johor tahun ini
Foto - Johor Kaki
Johor putuskan untuk tidak meneruskan penganjuran Bazar Ramadan tahun ini sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19 di negeri berkenaan.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, langkah itu selaras dengan saranan kerajaan Persekutuan agar tidak menganjurkan Bazar Ramadan, tahun ini.
Kerajaan negeri bagaimanapun menggalakkan peniaga untuk menjalankan perniagaan masing-masing secara dalam talian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca