← Back to list
Peluang hentikan rantaian COVID-19
Apr 13, 2020
Peluang hentikan rantaian COVID-19
Foto - Malay Mail
Malaysia berpeluang menghentikan rantaian dan menamatkan penularan pandemik COVID-19 dalam Fasa Ketiga Perintah Kawalan Pegerakan yang akan berakhir 28 April depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berharap, jumlah kes yang direkodkan di negara ini tidak mencecah angka 5 ribu esok sekaligus menafikan ramalan penyelidik.
Kajian JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia sebelum ini meramalkan, jumlah kes di Malaysia mencecah lebih 6 ribu kes pada pertengahan bulan ini.
-----
Kekal di kampus muktamad!
Foto - Bernama
Semua pelajar IPT yang terkandas sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan diminta terus kekal di kampus masing-masing dengan kebajikan dan makan minum mereka akan terus ditanggung kerajaan.
Menteri Kanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan dan PDRM.
Tindakan ini juga bagi memastikan usaha untuk memutuskan rantaian dan membendung penularan wabak COVID-19 ini berjaya dan supaya tidak wujud kluster baru nanti.
-----
Tiada gunting rambut, bazar Ramadan
Foto - Bernama
Kerajaan sentiasa mendengar dan telah pun mendengar pandangan rakyat selain mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar tertentu dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Sehubungan itu kerajaan memutuskan, kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.
Tambah Menteri Kanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, semua bentuk bazar Ramadan juga tidak dibenar beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca