← Back to list
Kaedah hantar pulang mahasiswa diteliti
Apr 11, 2020
Kaedah hantar pulang mahasiswa diteliti
Foto - Malay Mail
Kerajaan akan teliti kaedah terbaik untuk hantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing dalam keadaan selamat dan sihat.
Ia berikutan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu lagi sehingga 28 April depan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, perkara berkenaan akan di bawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai COVID-19, hari ini.
-----
Gelandangan ibu kota akan diberi kerja
Foto - Berita Harian
Gelandangan di sekitar ibu negara akan diberi latihan dan kursus suai kenal pendek bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan bermula 1 Mei depan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia juga dipersetujui beberapa syarikat yang ingin bekerjasama dengan kementeriannya bagi merealisasikan hasrat berkenaan.
Tambah Tan Sri Annuar, pihaknya akan menyediakan peluang pekerjaan antara 500 ke 700 termasuk bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang tertentu di Lembah Klang.
-----
Data kadar jangkitan COVID-19 KKM lebih tepat
Foto - Malay Mail
Data Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung kadar jangkitan dan penularan COVID-19 adalah lebih tepat kerana membabitkan situasi semasa.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data yang dikeluarkan oleh sebuah agensi kajian JP Morgan hanya membabitkan ramalan jangkitan sahaja.
JP Morgan sebelum ini meramalkan, Malaysia ketika ini berada dalam fasa peningkatan kes jangkitan dan akan meningkat tinggi pada pertengahan bulan ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca