← Back to list
Keputusan Lanjut PKP Dijangka Diketahui Hari Ini
Apr 10, 2020
Keputusan Lanjut PKP Dijangka Diketahui Hari Ini
Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau tidak dijangka diketahui hari ini.
Bagaimanapun, tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun jika PKP ditamatkan, rakyat masih tidak boleh bebas seperti biasa..
Setakat kelmarin, kadar pematuhan PKP adalah 97 peratus dan polis telah mengeluarkan 95 notis kompaun RM1,000 seorang terhadap individu yang ingkar PKP.
Tiada Keperluan Pindahkan Selangor Mansion dan Malayan Mansion
Tiada keperluan memindahkan penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India, KL yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ketua Pengarah Kesihatan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan pengesanan kes secara aktif di bangunan berkepadatan tinggi itu.
Ujar Datuk Dr Noor Hisham Abdullah lagi, hanya mereka yang positif COVID-19 dipindahkan ke hospital untuk dirawat.
KKM juga sedang giat mengesan kontak rapat yang melibatkan 15 kes positif jangkitan wabak tersebut di kedua-dua bangunan berkenaan.
COVID19: Bangkok Larang Penjualan Alkohol
Ibu negara Thailand, Bangkok kini melarang penjualan alkohol dalam arahan terbaru kota itu bagi bendung wabak COVID-19.
Wilayah lain yang sudah lebih awal mengeluarkan arahan sama antaranya Chiang Mai, Rayong, Buriram dan Nakhon Pathom.
Ia bagi elak perhimpunan semasa tahun baru tradisional Thailand, Songkran minggu depan walaupun kerajaan telah mengeluarkan penangguhan sambutan ke tarikh baru yang akan diumumkan nanti.
Thailand mengisytiharkan darurat dari 26 Mac hingga 30 April.
Negara itu juga mengenakan perintah berkurung pada waktu malam selama 6 jam bermula 10.00 malam hingga 4.00 pagi.
Setakat ini Thailand melaporkan 54 kes baru COVID-19 dengan 2 kematian, menjadikan keseluruhan 2,423 kes dan 32 kematian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca