← Back to list
COVID-19: Perjuangan Belum Selesai
Apr 09, 2020
COVID-19: Perjuangan Belum Selesai
Perjuangan kita menentang COVID-19 masih belum selesai biarpun tiada peningkatan mendadak kes positif wabak tersebut di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kita belum menang namun kita juga belum kalah dalam memerangi wabak berkenaan.
Ujar beliau lagi, kerajaan kini memantau rapat perkembangan kes COVID-19 sebelum membuat keputusan sama ada melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tidak.
Perkara itu akan dijangka diumumkan esok.
Sementara itu, sekumpulan pegawai perubatan daripada Akademi Perubatan Malaysia gesa kerajaan melanjutkan tempoh PKP.
Jelas mereka, penarikan balik PKP mungkin akan menyebabkan wabak COVID-19 kembali merebak dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang tempoh 4 minggu ia dilaksanakan menjadi sia-sia.
BPN: 2 Juta Pemohon Baru
Kerajaan terima 2 juta permohonan baru dan 200,000 permohonan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) setakat ini.
Menurut Kementerian Kewangan, angka itu masih dalam bajet fiskal berjumlah RM250 bilion dan kerajaan boleh memberikannya.
Jumlah pembayaran juga mencukupi bagi tempoh 3 bulan jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.
Bagaimanapun, jika krisis COVID-19 belum dapat ditangani dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, kerajaan akan kaji semula jumlah bayaran.
Sumber: Harian Metro
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca