← Back to list
Usaha Bendung COVID-19 Tanggungjawab Semua
Apr 08, 2020
Usaha membendung penularan wabak COVID-19 merupakan tanggungjawab semua pihak.
Ketua Pengarah Kesihatan berkata aspek kesihatan adalah tanggungjawab bersama kerana setiap sektor adalah sektor kesihatan.
Sempena Hari Kesihatan Sedunia semalam, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sempat menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang bekerja keras memerangi wabak COVID-19.
Ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus pantau perkembangan jangkitan melalui segala maklumat yang diperoleh dan akan memaklumkannya kepada rakyat.
Dalam pada itu kira-kira 69 daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negara ini diklasifikasikan sebagai sporadik atau tidak diketahui punca jangkitan.
Jelas Datuk Dr Noor Hisham, kes sporadik itu dikesan selepas KKM menjalankan saringan terhadap lebih 8,000 pesakit seperti Influenza dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca