← Back to list
Lewat Terima Rawatan Antara Penyebab Kematian Covid-19.
Mar 25, 2020
Lewat terima rawatan.
Itu antara penyebab kepada kebanyakan kematian akibat Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 5 peringkat jangkitan Covid-19 tetapi kebanyakan pesakit hanya datang ke hospital ketika mereka sudah berada di peringkat ketiga.
Beliau juga menjelaskan kesihatan kebanyakan pesakit cepat merosot pada peringkat keempat dan seterusnya di peringkat kelima, mereka tidak boleh bernafas dengan baik hingga memerlukan alat bantuan pernafasan.
Satu lagi kes kematian direkodkan malam tadi, menjadikan jumlah yang terkorban meningkat kepada 16.
Malaysia merekodkan lebih 1,600 kes Covid-19 dengan pertambahan 106 lagi kes baru semalam.
Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai agar tidak mempersalahkan jemaah himpunan tabligh dan mendiskriminasikan mereka yang dikaitkan dengan penularan Covid-19.
Jelasnya, apa yang penting adalah kerjasama semua pihak dalam mengekang penularan wabak berkenaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca