Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Dari Mufti ke Menteri.

Mar 10, 2020


Sejarah tercipta apabila Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muncul sebagai mufti pertama dilantik sebagai menteri.

Beliau menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan Hal Ehwal Agama.

Datuk Seri Dr Zulkifli merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam, Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan menerima PhD daripada Universiti Sains Malaysia dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Antarabangsa selama 2 tahun pada 2006.

Sekitar tahun 2000 hingga 2010, beliau merupakan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sembilan dan bergelar Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Terengganu dari 2005 hingga 2014.

Jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pula disandang sejak 2014.

Pandangan Datuk Seri Dr Zulkifli mengenai isu semasa sering menjadi rujukan pelbagai pihak. 

Antaranya isu kontroversi Sajat tunaikan umrah dengan berpakaian wanita bulan lalu, mendapat perkongsian lebih 11,000 di Facebook.

Yang terbaru, adalah pendapat beliau mengenai virus Covid-19 yang turut mendapat lebih 500 perkongsian oleh warganet.

Sikap terbuka beliau yang berkongsi minatnya terhadap pasukan Liverpool turut viral di media sosial.

Rata-rata netizen menyifatkan Datuk Seri Dr Zulkifli terbuka dengan gurauan namun, masih menjaga batas dan berhikmah.

Semoga Datuk Seri selamat menjalankan tugas sekaligus memenuhi harapan tinggi rakyat. 
 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca