← Back to list
Saya Bukan Pengkhianat!
Mar 03, 2020
Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan ucapan sulungnya sebagai PM ke-8 malam tadi.
Dalam ucapan awalnya, PM mengambil kesempatan untuk tangkis dakwaan mengatakan beliau seorang pengkhianat!
"Sepeti yang dijangka ada pihak yang menggelar saya pengkhianat, dengarlah baik-baik, saya bukanlah pengkhianat, naluri saya jelas bahawa keberadaan saya disini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut ini"
Beliau juga minta diberi peluang untuk mentadbir negara.
"Berikanlah saya sedikit masa untuk menetapkan garis-garis utama halatuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baru ini yang akan saya jelaskan pada rakyat pada masa yang terdekat"
Beliau turut berjanji melantik barisan Kabinet yang bersih.
"Saya berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber"
Tan Sri Muyiddin juga sempat berterima kasih kepada rakyat kerana bersabar menunggu penyelesaiaan kemelut politik negara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca