← Back to list
Wabak Covid-19 dijangka berakhir April ini.
Feb 12, 2020
Wabak Covid-19 dijangka berakhir April ini.
Namun, menurut kajian pasukan perubatan China, kemuncak penularan wabak itu mungkin akan berlaku akhir bulan ini sebelum beransur reda.
Ia susulan pengurangan jumlah kes baru dicatatkan di sesetengah kawasan.
Setakat ini, jumlah kematian akibat Covid-19 di China meningkat kepada 1,100 dengan lebih 44,000 kes jangkitan dilaporkan.
Malaysia dan Singapura bekerjasama tangani Covid-19.
Satu Jawatankuasa Kerja Bersama ditubuhkan antara Malaysia dan Singapura ekoran penularan wabak Covid-19.
Jelas KKM, nasihat perjalanan keluar-masuk antara dua negara antara isu yang akan dibincangkan dalam jawatankuasa berkenaan.
Terkini, jumlah kes positif Covid-19 di Singapura meningkat kepada 47 kes manakala Malaysia kekal dengan 18 kes.
KPM rancang perkenalkan Modul Kesedaran Keselamatan Siber Negara.
Kementerian Pendidikan rancang untuk perkenalkan Modul Kesedaran Keselamatan Siber di 300 buah sekolah seluruh negara.
Antara topik yang diketengahkan adalah topik adab dalam talian, buli siber, media sosial dan kewarganegaraan digital.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca