← Back to list
9 Premis Dikompaun Jual Topeng Muka Dengan Harga Yang Mahal.
Feb 07, 2020
Premis yang menjual topeng muka dengan harga yang mahal bakal berdepan tindakan undang-undang!
Menurut pihak berkuasa, setakat ini, 9 premis di negara telah dikompaun hampir RM22,000.
Ini selepas premis terbabit menjual topeng berkenaan melebihi harga asal RM0.80 sen hingga RM1.00 sekeping.
Malaysia perluas sekatan perjalanan ke atas wilayah lain di China.
Sekatan perjalanan ke Malaysia ke atas pelawat dari Wuhan akan diperluaskan meliputi wilayah lain di China.
China kini merekodkan lebih 30,000 kes jangkitan yang turut menyaksikan angka kematian meningkat kepada lebih 630.
Bilangan jangkitan di Malaysia pula kini seramai 14 orang.
KPM akan kaji pelaksanaan PPSMI dalam masa terdekat.
Kementerian Pendidikan akan kaji pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, PPSMI dalam masa terdekat.
Pihaknya sambut baik saranan Perdana Menteri mengenai perkara itu dan akan dibawa ke Jemaah Menteri sebelum dilaksanakan.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata pelaksaanaan semula PPSMI masih dalam pertimbangan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca