← Back to list
Seorang pesakit koronavirus di Malaysia kini sembuh sepenuhnya.
Feb 05, 2020
Seorang pesakit koronavirus Wuhan yang dirawat Hospital Sultanah Maliha, Langkawi disahkan sudah sembuh.
Kementerian Kesihatan memaklumkan, kanak-kanak warga China berusia 4 tahun itu juga sudah dibenarkan pulang bersama keluarganya.
Setakat ini 10 kes positif koronavirus Wuhan dicatatkan di negara ini termasuk seorang rakyat Malaysia.
Usahawan kosmetik, Sajat disahkan lelaki.
Hasil pertemuan Mufti Wilayah Persekutuan dengan JPN sahkan, usahawan kosmetik, Sajat adalah seorang lelaki.
Sehingga kini juga tiada dokumen rasmi perubatan dikemukakannya bagi membuktikan bahawa dia adalah seorang perempuan.
Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan Sajat yang ketika ini menunaikan umrah agar jalani ibadat serta berpakaian sebagai lelaki.
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri juga menegaskan, perbuatan golongan transgender tunai umrah tidak mengikut jantina asal mereka adalah haram.
UMK cadang tubuhkan makmal kesan kewujudan makhluk halus pada manusia.
Universiti Malaysia Kelantan bercadang untuk tubuhkan makmal bagi mengesan kewujudan makhluk halus dalam badan manusia.
Jelas wakilnya kepada Harian Metro, ia bertujuan membuktikan secara saintifik bagaimana fenomena itu berlaku.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca