← Back to list
Satu Warga Malaysia Positif Koronavirus
Feb 04, 2020
Malaysia catat dua lagi kes positif wabak koronavirus hari ini termasuk seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan, pesakit memiliki sejarah perjalanan ke negara jiran, bulan lalu.
Satu lagi kes melibatkan lelaki warganegara China berusia 63 tahun, sekaligus menjadikan jumlah terkumpul kes positif wabak itu di negara ini meningkat kepada 10.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata 107 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, 2 orang tidak melepasi tapisan kesihatan tersebut dan telah dihantar ke HKL.
Manakala selebihnya dihantar ke Pusat Pemantauan di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Saringan kesihatan akan dibuat dua kali sehari bagi memastikan mereka ini benar-benar sihat dan boleh dibenarkan keluar setelah tamat proses pemantauan tersebut.
Dalam pada itu, kerajaan tidak bercadang mengenakan sekatan terhadap semua pelawat warganegara China kecuali dari Hubei dan Wuhan.
Jelas Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen sentiasa berpandukan kepada keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung status virus itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca