← Back to list
JPJ Akan Lancarkan Sistem Ujian Memandu E-Testing
Jan 23, 2020
Jabatan Pengangkutan Jalan akan lancarkan sistem ujian memandu secara berkomputer atau e-testing di seluruh negara selewat-lewatnya Jun ini.
Menerusi sistem itu, pegawai JPJ akan berada dalam bilik kawalan khas untuk memantau dan memberi arahan kepada calon yang berseorangan di dalam kereta.
Tiga institut memandu di Johor telah dipilih sebagai projek rintis pelaksanaan sistem berkenaan.
Dalam perkembangan lain, JPJ maklumkan hanya pemandu kenderaan bercermin gelap tidak mengikut spesifikasi sahaja akan disaman.
Manakala pemilik akan diberikan notis membawa kenderaan itu untuk diperiksa di JPJ dalam tempoh 10 hari.
Hentikan Spekulasi Insiden Di Jalan Kebun Shah Alam
Polis minta orang ramai tidak cetuskan spekulasi berhubung insiden viral, sebuah pacuan empat roda merempuh dua motosikal di Jalan Kebun Shah Alam.
Ini selepas ada segelintir pihak mendakwa pemandu terbabit dipercayai mabuk sehingga menyebabkan seorang maut dalam kejadian itu.
Dalam pada itu, polis maklumkan pemandu pacuan empat roda itu telah ditahan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca