← Back to list
Dua Pemimpin UMNO Mengaku Tidak Bersalah
Jan 21, 2020
Dua pemimpin UMNO mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah hari ini.
Datuk Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad didakwa gagal mengisytiharkan dana yang diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM3 juta.
Ahmad Maslan hadapi tuduhan tambahan iaitu memberikan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah.
Pemilik Suara Rakaman Audio Akan Didedahkan Dalam Waktu Terdekat
Pemilik suara rakaman audio yang didedahkan SPRM 8 Januari lalu dijangka diketahui selewat-lewatnya minggu depan.
PDRM berkata siasatan sedang giat dijalankan bagi mengesahkan pemilik suara dalam rakaman audio berkenaan.
9 klip audio itu didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada Datuk Seri Najib Razak, ketika beliau menjadi perdana menteri.
Perbualan itu dipercayai babitkan Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan beberapa individu lain berkaitan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca