← Back to list
Hasil Kajian Ganti Hukuman Mati Akan Dibentang
Jan 16, 2020
Hasil Kajian Ganti Hukuman Mati Dibentang Tak Lama Lagi
Hasil kajian jawatankuasa khas yang kaji hukuman gantian untuk hukuman mati mandatori akan dibentangkan kepada Kabinat pada suku pertama tahun ini.
Menurut jawatankuasa itu, pandangan semua pihak termasuk agamawan Islam dan bukan Islam, banduan akhir serta keluarga mangsa diambil kira.
Pihaknya turut menjelaskan, pemansuhan hukuman mati mandatori tidak bermaksud hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya di Malaysia.
Sebaliknya, ia masih wujud dan boleh dijatuhkan jika mahkamah berpandangan hukuman tersebut wajar berdasarkan fakta dalam sesebuah kes.
Jawi Warisan Negara Sama Seperti Kaligrafi Cina & Tulisan Tamil
Pertubuhan pendidikan Cina setuju pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu di SJK bukan bertujuan mengislamkan murid bukan Islam.
Mereka juga terima Jawi sebagai sebahagian warisan budaya negara yang perlu dihormati semua pihak sama seperti kaligrafi Cina, tulisan Tamil dan etnik lain.
Jabatan Perdana Menteri berkata, perkara itu disepakati hasil pertemuan dengan 12 pertubuhan berkaitan.
KPM Kaji Pelaksanaan Dasar Kasut Hitam
Kementerian Pendidikan buat kajian semula pelaksanaan peraturan pemakaian kasut dan stoking hitam.
Namun KPM jelaskan, ia sekadar kajian pelaksanaan, bukannya bertujuan membatalkan dasar itu.
Peraturan berkenaan diperkenalkan tahun lalu dan dikuatkuasakan secara beransur-ansur sebelum penguatkuasaan penuh tahun depan.
Kes Influenza Babit Murid Sekolah Naik
3 negeri catat peningkatan kes influenza melibatkan murid sekolah.
Negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan babit jumlah keseluruhan lebih 220 murid.
Susulan itu, sebuah sekolah di Perak dan 2 kelas di sebuah sekolah di Pulau Pinang ditutup sementara.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca