← Back to list
Kelantan Bebas Virus Influenza A
Jan 15, 2020
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sahkan negeri ini bebas daripada wabak influenza A.
Setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang kes melibatkan wabak berkenaan.
Tambahnya, kerjasama dengan kerajaan Thailand akan dijalankan untuk menangani wabak tersebut terutama mereka yang keluar masuk di pintu sempadan kedua-dua negara.
Dalam perkembangan berkaitan, jumlah pelajar dijangkiti Influenza A di Selangor meningkat lebih 140 orang menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti virus itu hampir 390 pelajar.
Sabah Nak 100,000 Vaksin Polio
Kerajaan Sabah memerlukan lebih 100 ribu vaksin polis dalam usaha mengekang penularan wabak virus polio.
Setakat ini 10 ribu vaksin sudah diberikan kepada kanak-kanak di negeri itu meliputi daerah Kota Kinabalu dan Tuaran.
Dalam perkembangan berkaitan, tiga kanak-kanak yang disahkan positif polio masih menerima rawatan di hospital.
Sekolah Boleh Rai Apa Jua Perayaan Tetapi Bersyarat
Kementerian Pendidikan tidak menghalang apa jua perayaan untuk diraikan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Ini kerana sekolah merupakan pusat untuk memupuk perpaduan, belajar budaya serta menghormati adat resam antara kaum.
Tambahnya, setiap perayaan dianjurkan itu harus mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca