← Back to list
Mansuh elaun kritikal kerana tidak lagi tepati kriteria tertentu.
Dec 27, 2019
Pemansuhan elaun kritikal bagi 33 skim perkhidmatan tahun depan adalah kerana ia tidak lagi menepati kriteria tertentu.
Jelas JPA, elaun itu diwujudkan pada 1992 untuk atasi kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dan menarik graduan berkhidmat dengan kerajaan.
Namun, ianya kini tidak lagi relevan memandangkan bilangan yang memohon jauh lebih tinggi daripada keperluan semasa jawatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan JPA mengenai perkara itu.
Ini kerana antara jawatan yang terlibat dengan pemansuhan tersebut ialah doktor, pembantu perubatan, pegawai farmasi dan jururawat.
Sementara itu, lebih 77,000 pemilik akaun Twitter sudah tandatangani petisyen bantah pemansuhan elaun itu yang dilancarkan Persatuan Perubatan Malaysia.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca