← Back to list
Tiada Hasrat Wajibkan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak Pada Kenderaan Lain.
Dec 20, 2019
Kerajaan tidak berhasrat untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak pada kenderaan lain seperti bas dan ambulans.
Menurut Kementerian Pengangkutan, buat masa ini kementerian hanya memberi fokus pada kereta persendirian sahaja.
Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan akan berkuatkuasa 1 Januari ini.
Tun M sambut baik saranan Iran agar wujudkan matawang kripto.
Perdana Menteri sambut baik saranan Iran agar wujudkan matawang kripto dengan kerjasama bank pusat negara masing-masing.
Jelas Tun Dr Mahathir Mohamad, ianya perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan perdagangan negara Islam sekaligus elak kebergantungan kepada mata wang asing.
Cadangan itu dikemukakann oleh Presiden Iran, Dr Hassan Rouhani pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur semalam.
Datuk Seri Anifah Aman tidak akan pertahankan kerusi Parlimen Kimanis pada PRK bulan depan.
Sebaliknya, bekas Menteri Luar itu akan bertanding untuk kerusi yang pernah dipegangnya selama 3 penggal itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
SPR menetapkan pilihan raya kecil Parlimen Kimanis akan diadakan pada 18 Januari.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca