← Back to list
Pendatang Mungkin Diberi Suntikan Vaksin
Dec 15, 2019
Malaysia Dijangka Beri Suntikan Vaksin Kepada Pendatang
Malaysia dijangka beri suntikan vaksin kepada pendatang asing sebagai usaha elak penularan wabak penyakit berjangkit.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mendapatkan kerjasama daripada UNICEF bagi memperoleh bekalan vaksin untuk diberi kepada pendatang asing.
KKM juga akan cuba mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Filipina untuk membeli vaksin memandangkan negara itu memperoleh bekalan vaksin yang lebih murah.
Baru-baru ini, seorang bayi di Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti virus polio, iaitu kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.
Banjir: Lebih 4,600 Mangsa Berlindung di Pusat Pemindahan
*foto sekadar hiasan
Hujan lebat berterusan di Johor dan Pahang semalam menyaksikan banjir di beberapa daerah di 2 negeri berkenaan.
Di Johor, lebih 3, 800 kini berlindung di 54 pusat pemindahan di Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Mersing, Kota Tinggi dan Segamat.
Di Pahang pula, 9 pusat pemindahan dibuka di Rompin menempatkan hampir 700 mangsa banjir.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca