← Back to list
Bermula Jun depan, syarikat terbabit rasuah boleh disiasat.
Dec 12, 2019
Bermula Jun tahun depan, syarikat yang terbabit rasuah juga boleh disiasat dan diheret ke mahkamah!
Menurut SPRM, ia susulan penguat kuasaan seksyen baru Akta SPRM yang sebelum ini hanya beri tumpu kepada pendakwaaan bersifat individu.
Ia bagi memastikan syarikat atau entiti komsersial turut boleh dipertanggungjawabkan jika pekerja mereka melakukan rasuah.
Rakyat Malaysia nampaknya giat guna Google cari maklumat berkaitan kualiti udara.
Ia terbukti ekoran IPU catat carian paling trending untuk kategori berita di Google Malaysia tahun ini.
Berada di tangga kedua pula ialah Tanjung Piai, susulan PRK kawasan itu bulan lalu.
Turut menjadi berita paling dicari tahun ini ialah Belanjawan 2020, Acap Hilang dan Pasir Gudang.
Tiada rakyat Malaysia yang dilapor hilang dalam insiden gunung berapi di New Zealand.
Tiada warga Malaysia tersenarai dalam kalangan 9 individu yang hilang susulan letusan gunung berapi di White Island, New Zealand.
Wisma Putra sebelum ini sahkan, seorang rakyat kita cedera akibat tragedi itu dan kini dalam keadaan kritikal di Hospital Christchurch.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca