← Back to list
Sabah akan lancarkan program imunisasi tambahan secara besar-besaran.
Dec 10, 2019
Sabah akan lancarkan program imunisasi tambahan secara besar-besaran ekoran satu jangkitan polio yang dikesan di Tuaran.
Menurut Jabatan Kesihatan negeri, ia juga akan diperluaskan ke kawasan yang berisiko bagi memastikan penularan terhenti.
Sementara itu, virus polio yang menjangkiti seorang bayi 3 bulan di Tuaran, disyaki dibawa oleh orang luar yang datang ke Sabah.
Menteri Kesihatan berkata ini kerana siasatan awal mendapati keluarga bayi terbabit tidak mempunyai sejarah ke luar negara sebelum ini.
55 program kejuruteraan di 12 universiti di negara ini digugurkan atas pelbagai faktor.
Dedah Majlis Akreditasi Kejuruteraan kepada Berita Harian, ianya termasuklah tiada permintaan daripada pelajar dan kandungan kursus pengajian yang sama di setiap universiti.
Faktor lain juga termasuklah kesedaran pihak universiti yang mahu meningkatkan kebolehpasaran graduan kejuruteraan seiring dengan kehendak semasa.
Seorang warga Malaysia maut dalam insiden letusan gunung berapi di New Zealand.
Sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden letusan gunung berapi di White Island, New Zealand.
Namun, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, butiran mangsa masih belum diketahui kerana siasatan masih dijalankan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca