← Back to list
Mahkamah Tinggi benarkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil.
Nov 29, 2019
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil.
Hakim tolak permohonan parti Gerakan September lepas supaya tulisan Jawi tidak diajar di sekolah berkenaan.
Jelas hakim, Jawi adalah sebahagian daripada Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan.
Malah, pelaksanaan kelas Jawi juga tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Program Sarapan Percuma tahun depan akan dilaksanakan secara berfasa.
Pelaksanaan Program Sarapan Percuma untuk murid sekolah rendah tahun depan akan dilaksanakan secara berfasa.
Menurut Kementerian Pendidikan, ia akan memberi tumpuan kepada sekolah yang merekodkan jumlah murid daripada keluarga B40 yang tertinggi.
Ini kerana KPM mendapati beberapa pihak terutamanya pembekal dan PIBG belum bersedia jika program itu dilaksanakan serentak di seluruh negara.
Mana-mana Ahli Parlimen yang didapati keluarkan kata-kata kesat akan dikenakan tindakan tegas!
Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata ia termasuklah dihalau keluar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat untuk satu tempoh tertentu.
Tegas Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof tindakan tersebut diambil bagi mewujudkan suasana yang tenteram ketika Ahli Parlimen sedang berbahas.
Semalam, 2 Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang dilapor keluarkan kata-kata kesat ketika perbahasan Belanjawan 2020.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca