← Back to list
Diabetes antara penyebab utama kematian di Malaysia tahun lepas!
Nov 27, 2019
Diabetes antara 1 daripada 10 penyebab utama kematian di Malaysia pada tahun lepas!
Menurut Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2019, penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi pula catat kenaikan peratusan tertinggi iaitu 73 peratus.
Namun, kematian akibat kemalangan jalan raya catat penurunan iaitu 2.4 peratus berbanding pada 2017.
Jika ada masalah, klik sahaja pada direktori Perkhidmatan Keluarga.
Menurut kerajaan, ia berfungsi sebagai pusat sehenti yang memberi khidmat sokongan kepada ahli keluarga yang memerlukan.
Ianya termasuklah konsultasi perkahwinan dan perceraian, konsep keibubapaan, kaunseling dan terapi serta kesihatan reproduktif.
Lebih 200 agensi kerajaan dan NGO yang terlibat sebagai penyedia perkhidmatan tersebut dan kebanyakan perkhidmatan ditawarkan secara percuma.
Isu tidak cukup korum pada persidangan Dewan Rakyat masih berlaku.
Isu tidak cukup korum pada persidangan Dewan Rakyat masih berlaku walaupun telah beberapa kali ditegur Perdana Menteri.
Semalam, keadaan jadi kecoh seketika apabila blok kerajaan dan pembangkang mempersoalkannya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020.
Sementara itu, Dewan Rakyat setuju untuk lanjutkan tempoh pengisytiharan harta bagi Ahli Parlimen hingga 5 Disember ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca