← Back to list
Kanser payudara kekal pembunuh nombor satu kaum wanita!
Nov 24, 2019
Kanser payudara pembunuh nombor satu kaum wanita
Foto : Astro Awani
Kes kanser payudara di negara ini berada pada tahap amat membimbangkan.
Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2007-2011, lebih 31 kes berlaku dalam setiap 100 ribu penduduk di negara ini dan menjadi pembunuh nombor satu kaum wanita negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata 43 peratus yang mendapatkan ujian saringan mengesan kanser payudara berada pada tahap kritikal iaitu tahap ketiga dan keempat.
Foto : Astro Awani
Sementara itu, Kementerian Kesihatan maklumkan tindakan mewajibkan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak mulai tahun depan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Jelasnya, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk membentangkan dapatan maklumat lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat.
---
Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai dikaji
Foto : Astro Awani
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneliti cadangan untuk benarkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai dalam kenderaan.
Menurutnya, ia bagi mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan yang miliki ramai anak kecil.
Tambahnya, polisi tersebut bukan bertujuan menyusahkan ibu bapa sebaliknya untuk melindungi anak-anak mereka.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca