← Back to list
Golongan wanita jadi sasaran utama sindiket 'scam'.
Nov 13, 2019
Jangan terlalu mudah kongsikan maklumat peribadi atau butiran akaun bank kepada individu tidak dikenali.
Itu nasihat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terutamanya buat golongan wanita yang jadi sasaran utama sindiket 'scam'.
Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, lebih 1,900 kes Macau scam telah direkodkan dan sebahagian besarnya melibatkan mangsa wanita.
Jelasnya, ini kerana kaum hawa mudah terpedaya dengan dakwaan palsu sindiket itu kononnya mereka terlibat dengan jenayah dan hutang.
Kempen pilihan raya rumah ke rumah dan tinjauan mesra atau 'walkabout' perlu ada permit polis!
Tegas SPR, ini kerana ia juga satu bentuk kempen dan perlu mempunyai tempoh masa dan lokasi yang jelas bagi tujuan pemantauan.
Suruhanjaya itu juga telah mengadakan perjumpaan dengan calon PRK Parlimen Tanjung Piai bagi menjelaskan dan selaras isu berkaitan permit kempen.
Pilihan raya kecil kawasan itu akan berlangsung Sabtu ini menyaksikan pertandingan 6 penjuru antara calon PH, BN, Gerakan, Berjasa dan 2 Bebas.
Vape tidak didaftarkan dengan KKM sebagai alat berhenti merokok.
Setakat ini tiada sebarang vape didaftar dengan Kementerian Kesihatan sebagai alat atau ubat untuk berhenti merokok.
KKM juga memaklumkan, cecair vape yang mengandungi nikotin dikawal di bawah Akta Racun.
Ia juga hanya boleh dibeli daripada ahli farmasi berlesan dan pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan perubatan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca