← Back to list
Pengusaha bas wajar sediakan video keselamatan penumpang.
Nov 12, 2019
Pengusaha bas persiaran dan ekspres wajar sediakan video keselamatan dalam bas seperti dilakukan syarikat penerbangan!
Justeru Kementerian Pengangkutan saran ia dilaksanakan kerana ia dapat meningkatkan tahap keselamatan penumpang.
Ia juga memberi pendedahan kepada penumpang mengenai tindakan yang boleh diambil apabila berlaku kecemasan.
Bantuan zakat mungkin akan diberikan kepada mahasiswa yang terima bantuan Food Bank Siswa.
Kerajaan bercadang untuk memberikan zakat kepada mahasiswa yang terima bantuan daripada program Food Bank Siswa tahun depan.
Selain bantuan makanan melalui Food Bank, sumbangan zakat itu dilihat dapat ringankan beban kewangan pelajar kurang berkemampuan.
Setakat ini, hampir 6,500 pelajar terima manfaat daripada program Food Bank yang telah dilancarkan di 20 IPTA seluruh negara.
Bayi 23 bulan maut dipercayai didera.
Bayi berusia 23 bulan maut dipercayai didera, ekoran penemuan hampir 90 kesan kecederaan pada badan.
Susulan itu, ibu bapa bayi berkenaan dan rakan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurut polis Sepang, mangsa adalah anak bongsu daripada 4 beradik dan siasatan awal mendapati ibu mangsa ada mengalami masalah kemurungan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca