Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Najib Razak diarah bela diri

Nov 11, 2019


Datuk Seri Najib Tun Razak diarah bela diri

Foto - Astro Awani

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri terhadap semua tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Ini selepas hakim mendapati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana itu.

Bekas Perdana Menteri keenam dari dari 2009 sehingga 2018 itu memilih untuk membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi.

-----

Badan khas kawal selia industri seni muzik

Foto - Berita Harian

Kerajaan akan mengkaji cadangan penubuhan sebuah badan khas bagi mengawal selia industri seni muzik negara seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk industri perfileman.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia bagi menentukan hak dan kepentingan penggiat seni muzik terbela daripada pelbagai isu seperti pembayaran royalti yang tidak setimpal.

Tambah Tun M, bentuk badan itu mestilah ditentukan oleh penggiat seni sendiri supaya kepentingan mereka terdapat dalam bidang kuasa badan yang akan ditubuhkan.

-----

Tambang promosi Business Class ETS2 dilanjutkan

Foto - says.com

Keretapi Tanah Melayu Berhad memaklumkan, tambang promosi perkhidmatan koc ‘Business Class’ bagi perkhidmatan tren elektrik ETS2 dilanjutkan sehingga 29 Feb depan.

Katanya, lanjutan itu susulan sambutan luar biasa orang ramai serta bagi membolehkan lebih ramai pengguna merasai perkhidmatan koc eksklusif tersebut.

Selain itu, perkhidmatan ETS2 akan turut meliputi laluan Kuala Lumpur Sentral-Butterworth-Kuala Lumpur Sentral mulai bulan depan berbanding hanya ke Padang Besar sebelum ini. 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca