← Back to list
Kerajaan lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air 2019.
Nov 11, 2019
Kerajaan lancar Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air 2019.
Ia bertindak sebagai platform pendidikan asas keselamatan dan kesedaran mengenai bahaya aktiviti air di lokasi tumpuan ramai.
Bomba sudah kenal pasti kawasan berisiko tinggi untuk jadi lokasi tumpuan kempen kesedaran berkenaan.
Golongan sasar ialah kanak-kanak, remaja dan belia khasnya pada musim hujan ini dan juga menjelangnya cuti sekolah tidak lama lagi.
Berhati-hati dalam berbelanja!
Pakar Cybersecurity ingatkan pengguna agar berhati-hati membeli-belah secara online sempena jualan mega 11.11 hari ini.
Jelasnya, walaupun harga yang ditawarkan amat berbaloi, tapi waspada dengan risiko penipuan atas talian atau 'scam'.
Pengguna juga dinasihatkan semak sebarang transaksi bank yang dibuat dan berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi di laman web.
KKM siasat dakwaan bekas makanan plastik murah ada bahan kimia.
Kementerian Kesihatan siasat laporan mendakwa ada bahan kimia bahaya dalam bekas makanan dan mainan plastik yang dijual murah di negara ini!
Ia ekoran laporan baru-baru ini yang mendakwa bahan plastik telah mencemarkan makanan dan minuman.
KKM juga akan bincang dengan kementerian lain untuk menilai keperluan mewajibkan pengilang isytihar kandungan kimia dalam produk mereka.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca