← Back to list
Golongan VIP antara yang terlibat aktiviti pemburuan haram!
Oct 31, 2019
Golongan VIP dikesan terlibat dalam aktiviti pemburuan haram yang dijadikan sebagai hobi.
Ketua Polis Negara berkata mereka bukan saja memburu hidupan liar, malah spesies yang terancam sekaligus musnahkan khazanah negara.
Bagi mengelakkan perbuatan kejam itu terus berlaku, pihaknya bercadang untuk tambah hukuman sebat ke atas pemburu haram jika didapati bersalah.
Setakat ini, berbelas-belas sindiket terdiri daripada warga asing dan tempatan telah dikenal pasti terbabit dalam kegiatan pemburuan haram.
Isu pelajar universiti yang terpaksa menyewa rumah mahal di luar kampus dapat perhatian kerajaan.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang untuk perkenalkan skim baucar subsidi sewa kediaman buat golongan muda.
Pihaknya juga pertimbang untuk memperkenalkan dasar pembinaan hostel untuk kemudahan pelajar universiti.
Seorang lelaki didakwa lebih 100 pertuduhan meliwat isterinya sendiri!
Seorang penjawat awam di Perak didakwa dengan lebih 100 pertuduhan meliwat isterinya sendiri juga 7 pertuduhan amang seksual terhadap 3 anaknya.
Foto: Berita Harian
Jika disabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca