← Back to list
KKM sambut baik keputusan Mahkamah tolak permohonan sekumpulan perokok.
Oct 30, 2019
Kementerian Kesihatan sambut baik keputusan Mahkamah tolak permohonan sekumpulan perokok.
Keputusan itu menunjukkan tindakan KKM mewartakan semua tempat makan awam terbuka sebagai kawasan larangan merokok adalah tepat!
Semalam, Mahkamah KL tolak permohonan semakan 7 individu terbabit untuk cabar larangan merokok di semua premis makan yang dikuatkuasakan KKM.
Jawatankuasa teliti model baru menggantikan PTPTN akan ditubuhkan.
Satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi meneliti model baru menggantikan PTPTN yang bermasalah ketika ini.
Menteri Pendidikan berkata ia berdasarkan dapatan diperoleh PTPTN menerusi Kertas Konsultasi Rakyat sejak awal tahun ini.
Hasil kajian mendapati 68 peratus peminjam masih lagi dalam kategori B40 dan kerajaan komited untuk bantu mereka dalam urusan bayaran balik pinjaman.
4 remaja lelaki ditahan tunggang basikal lajak diubah suai tanpa kelengkapan brek di Ampang.
Mereka kemudiannya dibebaskan selepas ibu bapa dan penjaga dipanggil untuk sesi kaunseling dan amaran keras.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan mahu ibu bapa sentiasa pantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing agar tidak terjebak dengan aktiviti merbahaya itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca