← Back to list
Kabinet tubuhkan jawatankuasa kaji isu mogok penghantar makanan.
Oct 03, 2019
Isu mogok melibatkan penghantar makanan sebuah syarikat penghantaran dalam talian, baru baru ini dapat perhatian kabinet.
Kabinet setuju menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh 3 kementerian bagi mengkaji perkara itu.
Ia melibatkan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Isu tersebut tercetus apabila syarikat berkenaan perkenalkan skim gaji baru buat pekerjanya.
Jabatan Pendidikan Negeri perlu jalankan siasatan dakwaan kononnya kertas PT3 bocor.
Menurut Kementerian Pendidikan, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan memandangkan kertas itu adalah dokumen terperingkat terhad.
Terdahulu, KPM nafi dakwaan viral kononnya peperiksaan Bahasa Inggeris PT3 akan diulang semula Khamis depan akibat soalan bocor.
Gajah pygmy ditembak oleh pengawal keselamatan ladang.
Kematian gajah pygmy akibat ditembak di Tawau minggu lepas bukan perbuatan pemburu haram tapi pengawal keselamatan ladang.
Polis Sabah berkata siasatan dapati mereka tembak haiwan itu yang menceroboh ladang sawit lalu ambil kesempatan mencuri gadingnya.
Setakat ini, 6 suspek termasuk seorang warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca