← Back to list
Pelajar Malaysia di Riau akan dipindahkan hari ini.
Sep 25, 2019
Lebih 200 pelajar Malaysia yang menuntut di Riau, Indonesia akan dipindahkan hari ini.
Ia ekoran keadaan jerebu yang semakin buruk di wilayah tersebut dengan IPU melebihi 500, yang memaksa darurat bencana diisytiharkan.
Sementara itu, jerebu di Malaysia hampir pulih sepenuhnya dan pagi ini hanya Johan Setia di Klang, Selangor merekodkan IPU tidak sihat.
Dalam perkembangan lain di Indonesia, puluhan ribu pelajar mengadakan tunjuk perasaan mega dan berarak di Jakarta semalam.
Mereka membantah rancangan menguatkuasakan beberapa undang-undang kontroversi termasuk mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai jenayah.
Demonstrasi yang pada mulanya aman juga bertukar ganas menyebabkan puluhan pelajar dan anggota penguatkuasa cedera dan dirawat di hospital.
Ujian rangkaian perkhidmatan 5G akan diperluaskan ke seluruh negara bermula bulan depan!
Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata langkah itu diharap mampu mengurangkan jurang digital sekaligus menaik taraf kehidupan rakyat.
Ketika ini ujian itu dilaksanakan di 5 negeri iaitu KL, Selangor, Kedah, Perak dan Terengganu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca