← Back to list
Malaysia sedia bantu Indonesia atasi masalah jerebu.
Sep 15, 2019
Foto : Astro Awani
Kerajaan sedia beri bantuan kepada Indonesia untuk atasi masalah jerebu.
Menteri Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata Malaysia telah pun menyatakan kesediaan untuk hulurkan bantuan namun masih tiada permintaan dibuat oleh republik itu.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan sarankan kepada orang ramai agar tangguhkan sebarang aktiviti luar jika bacaan IPU melebihi 100 untuk elakkan sebarang risiko kesihatan.
Foto : Astro Awani
Dalam perkembangan lain, lebih 300 buah sekolah dan semua IPT di Tangkak, Muar dan Pontian, Johor ditutup hari ini ekoran keadaan jerebu yang semakin teruk.
Setakat petang semalam, IPU kesemua kawasan itu menunjukkan bacaan sangat tidak sihat iaitu melebihi 200.
Sementara itu, satu pusat gerakan dibuka di Tangkak untuk memantau keadaan jerebu di kawasan itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca