← Back to list
Syed Saddiq bantah cadangan untuk naikkan had umur persaraan.
Sep 03, 2019
Cadangan untuk naikkan had umur persaraan daripada 60 kepada 65 tahun dibantah Menteri Belia dan Sukan.
Syed Saddiq berkata kerajaan seharusnya fokus untuk menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada generasi muda, bukannya menyekat potensi mereka.
Kadar pengangguran belia di negara ini katanya cecah 11 peratus, lebih tinggi berbanding Jepun dan Singapura iaitu 3.4 dan 5.8 peratus.
Peraturan murid lelaki wajib berambut pendek di sekolah harus dikekalkan untuk tujuan disiplin.
78 peratus responden berpendapat sebegitu dalam undian kami di Facebook Astro Radio News.
Baru-baru ini, seorang remaja memulakan petisyen agar murid lelaki dibenarkan berambut panjang.
Tindakan remaja itu terima pelbagai reaksi di media sosial termasuk teguran daripada Menteri Belia dan Sukan.
Penggunaan tulisan jawi di Johor diharap diterima oleh semua pihak.
Persatuan Penulis Johor harap penggunaan tulisan jawi dalam semua urusan Jabatan Agama Islam Johor dapat diterima oleh semua pihak.
Jelasnya, ia sebagai langkah kerajaan negeri dalam memartabatkan tulisan jawi sebagai milik masyarakat tanpa mengira kaum.
Penggunaan tulisan jawi yang melibatkan urusan rasmi kesemua anak syarikat di bawah Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Johor itu bakal berkuatkuasa Januari depan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca