← Back to list
UiTM perkenal Gabungan Alumni
Aug 19, 2019
UiTM perkenal Gabungan Alumni
Foto - Google Street View
Universiti Teknologi MARA jadi universiti pertama di Malaysia memperkenal Gabungan Alumni UiTM bagi menyatukan kesemua persatuan alumni universiti itu di bawah satu gabungan.
Gabungan ini bertujuan memperkasa persatuan-persatuan alumni UiTM, sekali gus memperkukuh hubungan antara alumni dan universiti.
Pada masa ini, terdapat 45 persatuan alumni UiTM didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di seluruh negara dengan keanggotaan 815,353 orang.
-----
Kertas siasatan kes kematian Syed Danial diserah kepada DPP
Foto - Berita Harian
Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes kematian pemandu, Syed Muhammad Danial Syed Shakir yang viral baru-baru ini kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya telah melengkapkan siasatan dan kini menunggu arahan daripada pihak DPP untuk tindakan selanjutnya.
Tempoh reman terhadap suspek lelaki dalam kes terbabit disambung sehingga Khamis ini manakala suspek wanita telah dibebaskan.
-----
Rasuah penjawat awam membimbangkan
Foto - The Star
Separuh daripada kes rasuah membabitkan penjawat awam di negara ini terdiri daripada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, kebanyakan mereka daripada sektor perolehan.
Pihaknya turut mendapati, 20 peratus penjawat awam, mengaku sanggup menerima rasuah jika mempunyai kuasa atau kedudukan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca