← Back to list
Dr Zakir Naik bebas berdakwah, tapi bukan tentang politik.
Aug 19, 2019
Dr Zakir Naik bebas mengajar dan berdakwah mengenai Islam di negara ini asalkan tidak sentuh isu politik dan kaum.
Ujar Perdana Menteri , kerajaan tidak mahu sekat penceramah itu berdakwah tapi perlu ambil kira sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.
Sementara itu, polis memaklumkan, proses rakaman percakapan pendakwah berkenaan mengenai dakwaan keluarkan komen berbaur perkauman, akan disambung hari ini.
Perbicaraan kes 1MDB bermula hari ini.
Perbicaraan kes salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung 1MDB akan bermula hari ini!
Kes berprofil tinggi yang tarik perhatian dunia dan libatkan keterangan saksi luar negara itu, akhirnya berlangsung selepas 3 kali ditangguhkan.
Jumlah pesakit buah pinggang dijangka meningkat hingga 100,000 orang pada 2040.
Kementerian Kesihatan jangka jumlah pesakit buah pinggang di negara ini akan meningkat kepada 100,000 orang pada 2040.
Kaedah rawatan terbaik adalah pemindahan organ tapi sukar ekoran tahap kesedaran rakyat masih rendah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca