← Back to list
Terengganu Umum 9 Zulhijah Sebagai Cuti Umum
Aug 10, 2019
Terengganu menjadi negeri pertama mengisytiharkan Hari Arafah pada setiap 9 Zulhijjah sebagai cuti umum.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, cuti itu akan mula berkuat kuasa mulai tahun depan.
Pengisytiharan cuti umum itu katanya bagi memperingati simbolik penyatuan seluruh umat Islam dari pelusuk dunia yang tertumpu di Arafah ketika mengerjakan ibadat Haji.
TH Tak Bertanggungjawab Urus Visa Furada
Tabung haji tidak bertanggungjawab menguruskan visa furada kerana ia dikendalikan secara terus agensi pelancongan dan umrah.
Menurut kerajaan, TH hanya mengendalikan 30,200 jemaah dan visa haji yang diperoleh secara rasmi mengikut jumlah kuota yang diberi kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia.
Untuk rekod, Visa Furada adalah visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi dan tidak membabitkan kuota haji sesebuah negara.
Kerajaan Sokong Had Penggunaan Lorong Kiri Kepada Penunggang Motosikal
Kementerian Kerja Raya sokong cadangan hadkan penunggang motosikal untuk guna lorong kiri saja di jalan raya mahupun di lebuh raya.
Ini selepas kes kematian babitkan penunggang motosikal semakin membimbangkan sejak empat tahun yang lalu.
Dasar yang dicadangkan itu akan beri keutamaan kepada penunggang motosikal mengunakan lorong kiri pada waktu puncak sebelah pagi dan petang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca