← Back to list
Operasi mencari dan menyelamat gadis Ireland diteruskan untuk hari keenam.
Aug 09, 2019
Operasi mencari Nora Anne Quoirin diteruskan dengan menggunakan helikopter dilengkapi peralatan pengesan visual dan haba.
Polis berkata alat itu boleh mengesan mangsa melalui pengimejan haba dari ketinggian 1,500 kaki pada siang dan malam.
Hari ini juga masuk hari ke-6 kehilangan remaja OKU warga Ireland itu, namun belum ada petunjuk baru dijumpai.
Jom sumbang idea untuk Belanjawan 2020!
Orang ramai dipelawa sumbang idea dalam penyediaan Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Oktober depan.
Menteri Kewangan berkata cadangan itu boleh dibuat menerusi laman web khas dan menggunakan #belanjawan2020 di media sosial.
Sebarang idea boleh dikemukakan bermula hari ini hingga 11 September depan.
Jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini dijangka pulih pertengahan bulan depan.
MetMalaysia berkata ketika ini jerebu masih pada tahap sederhana dan ianya bergantung kepada keadaan cuaca dan tiupan angin di Malaysia.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca