← Back to list
mySalam Tidak Beri Untung Kepada Syarikat Insurans
Aug 06, 2019
Skim mySalam tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana syarikat insurans swasta.
Menurut Kementerian Kewangan, sekiranya premium yang dibayar kerajaan tidak digunakan sebagai tuntutan, ia akan dikredit semula ke Tabung Amanah mySalam.
Oleh itu, syarikat insurans yang dillantik menguruskan skim ini tidak mendapat insentif istimewa daripada kerajaan.
Tiga Lagi Suspek Ditahan Kes Gaduh Sebuah Kuil Di Kuala Selangor
Tiga lagi suspek ditahan susulan kes pergaduhan bersenjata dua kumpulan di sebuah kuil di Selangor.
Penahanan suspek terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan dalam kes itu seramai 31 suspek.
Dalam insiden Ahad lalu, seorang anggota polis turut cedera dalam insiden berkenaan, ketika cuba leraikan pergaduhan.
26 Rakyat Malaysia Kandas Di Jeddah
Sekumpulan 26 rakyat Malaysia kandas di Jeddah selepas didapati nama mereka tiada dalam senarai visa haji.
Menurut Jabatan Perdana Menteri, siasatan awal mendapati urusan visa mereka dilakukan syarikat lain bukan diuruskan Tabung Haji.
Kesemuanya akan diterbangkan semula ke Malaysia hari ini setelah semua proses diperlukan Arab Saudi, selesai.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca