← Back to list
Kerja pembaikan paip pecah di Lebuhraya Persekutuan dijangka siap 8 malam ini
Aug 03, 2019
Kerja pembaikan paip pecah di Lebuhraya Persekutuan dijangka siap 8 malam ini
Foto - Air Selangor
Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Lebuhraya Persekutuan kini sedang giat dijalankan dan dijangka dapat disiapkan menjelang pukul 8 malam ini.
Air Selangor berkata, pihaknya mengambil segala usaha bagi mempercepatkan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan semula bekalan ke kawasan terjejas.
Tambahnya, proses pembaikan yang rumit itu perlu dijalankan dengan berhati-hati bagi mengelak risiko yang boleh melewatkan kerja-kerja pembaikan.
-----
Tulisan khat dalam Bahasa Melayu Tahun Empat dilaksana tahun depan
Foto - Sarawak Voice
Kementerian Pendidikan akan melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan seperti yang dijadualkan.
Jelas kementerian itu, pihaknya mengambil maklum pelbagai respons terhadap isu itu namun perancangan pengenalannya telah dilaksanakan melalui semakan semula kurikulum sejak 2014.
Usaha itu juga katanya telah melalui pelbagai sesi libat urus dengan pakar-pakar bahasa dan pendidikan serta kajian rintis di sekolah-sekolah terpilih.
-----
Tiga pekerja sebuah resort Pulau Tenggol ditemui selamat
Foto - Astro Awani
Tiga pekerja sebuah resort yang hilang di perairan Dungun Rabu lepas ditemui selamat oleh nelayan Thailand, malam tadi.
Menurut polis, bot yang dinaiki tiga pekerja tersebut telah mengalami kerosakan menyebabkan mereka hanyut mengikut arus.
Ketika ditemui, ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik dan memaklumkan kepada nelayan Thailand bahawa mereka adalah pekerja resort di Pulau Tenggol.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca