← Back to list
Komunikasi rasmi Tun M bukan melalui e-mel peribadi
Jul 22, 2019
Komunikasi rasmi Tun M bukan melalui e-mel peribadi
Foto - EdgeProp
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah keluarkan surat berbentuk e-mel kepada pihak pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan demi mendapatkan sokongan peribadi.
Pejabat Perdana Menteri berkata, sebarang bentuk komunikasi rasmi Tun M hanya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, bukannya melalui e-mel peribadi beliau.
Perdana Menteri juga tidak pernah menyokong mana-mana laman sesawang yang mempromosikan perniagaan Bitcoin dan Pejabat Perdana Menteri sedang melaporkan kedua-dua insiden terbabit kepada SKMM.
-----
SPAN mahu aktiviti ekonomi di sekitar kawasan sungai dihentikan
Foto - The Sun Daily
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu memberhentikan segala aktiviti ekonomi di sekitar kawasan sungai.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara berkata, langkah itu bagi mengelakkan insiden pencemaran daripada berulang hingga membebankan orang ramai.
SPAN turut buat laporan polis untuk siasat kemungkinan wujud elemen sabotaj susulan dua insiden pencemaran Sungai Selangor dalam tempoh 3 hari.
-----
Video viral bergayut ala Superman pada kereta, lelaki 49 tahun ditahan
Foto - Amazingnara
Polis tahan seorang lelaki susulan video viral dua kanak-kanak bergayut dengan aksi ala superman di belakang kereta yang dipandu.
Suspek yang berusia 49 tahun ditahan di Pasir Gudang semalam, dipercayai bapa kepada salah seorang kanak-kanak yang bergayut itu.
Polis turut menyita kereta yang digunakan dalam video berkenaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca