← Back to list
Video intim terkait menteri adalah tulen!
Jul 18, 2019
Video intim terkait menteri adalah tulen!
Foto - Malaysiakini
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador sahkan, video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri adalah tulen.
Menurutnya, pengesahan ketulenan video itu dibuat oleh pihak CyberSecurity Malaysia.
Namun katanya, pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan seratus peratus pelaku dalam video berkenaan yang tular sebelum ini.
-----
Kerajaan lancar aplikasi Respons Rakyat 2.0
Foto - Kosmo!
Kerajaan hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar generasi kedua yang dikenali sebagai Respons Rakyat atau RR 2.0.
Aplikasi ini bertujuan memudahkan rakyat membuat aduan dan maklum balas berhubung sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Antara kelebihannya ialah pengguna boleh memuat naik video dan audio dan pengadu boleh ikuti perkembangan kes dalam siasatan.
-----
Kementerian Pendidikan nafi ubah mata pelajaran Sejarah Tingkatan Tiga
Foto - The Patriots
Kementerian Pendidikan menafikan melakukan pindaan terhadap buku teks mata pelajaran Sejarah Tingkatan Tiga.
Ini selepas ia didakwa berbuat demikan bagi memansuhkan beberapa bab berkaitan pendudukan Jepun dan ancaman Parti Komunis Malaya serta Darurat 1948.
Menurutnya, pelaksanaan semakan kurikulum dan buku teks mata pelajaran Sejarah berkenaan sudah dilaksanakan secara berfasa sejak tahun 2017.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca