← Back to list
Waktu kerja anjal buat penjawat awam persekutuan berkuatkuasa 1 Ogos ini.
Jul 18, 2019
Waktu kerja anjal untuk penjawat awam persekutuan seluruh negara bakal berkuatkuasa 1 Ogos ini.
Ia beri pilihan kepada kakitangan kerajaan untuk tentukan waktu masuk dan pulang asalkan memenuhi syarat tempoh waktu bekerja sehari.
Berdasarkan pekeliling JPA, waktu masuk kerja bermula jam 7.30 hingga 9 pagi dan waktu pulang adalah antara 4.30 hingga 6 petang.
Pendaftaran pemilih secara automatik dijangka boleh disediakan dalam tempoh 2 tahun lagi.
SPR yakin sasaran itu mampu dilaksanakan buat pertama kali pada PRU 15 nanti.
Dalam pada itu, pihaknya menyeru orang ramai yang sudah layak mengundi agar daftar melalui sistem pendaftaran online yang akan dilancarkan nanti.
Prosiding kes Allahyarham Adib akan ditentukan Rabu depan.
Mahkamah Shah Alam akan tetapkan Rabu depan sama ada prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib akan disambung atau ditamatkan.
Permohonan peguam keluarga Adib untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara berhubung punca kematian Allahyarham juga ditentukan pada hari sama.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca