← Back to list
10 sekolah di Johor dikesan perlukan pemantauan rapi ekoran kes pencemaran.
Jul 14, 2019
Kerajaan Johor sudah kenal pasti 10 sekolah berisiko yang perlukan pemantauan lebih rapi serta pemasanagan alat pengesan gas secara tetap.
Semua sekolah itu dikesan sebagai berisiko kerana bacaan udara yang diambil berubah-ubah dan tidak kekal pada paras sifar.
Polis tahan individu disyaki terlibat dalam penyebaran video intim songsang.
Polis tahan beberapa individu disyaki terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video intim songsang yang dikaitkan dengan seorang menteri baru-baru ini.
Ketua Polis Negara berkata hasil siasatan mendapati wujud satu bentuk konspirasi untuk menyebarkan video berkenaan di laman sosial.
Pihaknya tegaskan, tindakan akan tetap diambil tidak kira dalangnya adalah ahli parti politik, NGO atau individu berkepentingan.
Seorang bapa ditahan kerana perkosa anak kandungnya di Kuala Terengganu.
Polis tahan seorang lelaki kerana memperkosa anak kandungnya berusia 16 tahun hingga hamil 7 minggu di Kuala Terengganu.
Suspek dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu sejak mangsa berusia 12 tahun iaitu selepas setahun isterinya meninggal dunia.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca